Monday, November 09, 2009
Kubur Si Bongkok
Baca Yang Kat Bawah Ni Jugak :

'Saya tetap mahukan dia'
|
| NOR MOHAMMAD menunjukkan gambar isterinya di Ampang semalam. |
KUALA LUMPUR - "Saya tetap akan pergi mengambil semula isteri setelah dapat maklumat sebenar di mana dia berada".
Demikian tegas Nor Mohammad Sham, 39, ketika diminta mengulas tindakan selanjutnya selepas berita isterinya tersiar di akhbar semalam.
"Biar bagaimana buruk sekalipun perangainya, saya tetap mahukan dia kembali dan akan mengubahnya menjadi insan yang baik," katanya.
Menurut Nor Mohammad, dia pernah bercakap melalui telefon dengan lelaki yang menyebabkan isterinya, Noor Sharmanie lari meninggalkannya tetapi berakhir dengan dia dimaki-hamun.
"Sepatutnya saya yang memarahi dia, sebaliknya saya pula yang diherdik dengan bercakap kasar dengan saya seolah-olah dia tidak bersalah.
"Apa pun yang akan terjadi, isteri saya tetap akan saya ambil semula sekalipun terpaksa meminta bantuan polis," ujarnya.
Karyawan hairan royalti Mawi hanya RM400
|
| MAWI |
PUTRAJAYA - Percayakah anda jika diberitahu juara Akademi Fantasia 3 (AF 3), Asmawi Ani atau Mawi hanya mendapat bayaran tidak sampai RM400 setahun hasil kutipan royalti rakaman lagunya yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan di tempat awam daripada Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Malaysia (Prism) sejak beliau bergelar artis.
Malah, perkara yang sama turut berlaku terhadap penyanyi lain termasuk Dayang Nurfaizah yang mendakwa cuma menerima RM320 setahun dan angka itu tidak pernah berubah sejak Dayang melahirkan album kedua pada tahun 2001.
Ekoran itu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menuduh Prism tidak mengamalkan ketelusan yang diamanahkan kepada mereka dalam mengurus wang royalti penyanyi di negara ini.
Menurut Presiden Karyawan, Freddie Fernandez, beliau difahamkan Prism berjaya mengutip sebanyak RM1.5 juta pada tahun lalu tetapi adalah tidak munasabah 900 ahlinya hanya mendapat jumlah yang sedikit termasuk penyanyi popular seperti Mawi.
"Saya sebagai wakil Karyawan yang menerima aduan daripada penyanyi ingin mengetahui ke mana duit itu pergi.
Pelacur 'buruh paksa' diselamatkan
KUALA LUMPUR - Mereka dijadikan bahan pemuas nafsu lelaki berhidung belang tanpa mendapat apa-apa ganjaran hasil daripada aktiviti pelacuran yang dilakukan.
Demikian nasib 15 orang wanita warga Thailand yang ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berasingan oleh sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di Cheras semalam.
Difahamkan, wanita warga asing terbabit yang telah menjalankan aktiviti pelacuran sejak setahun lalu tidak dibayar gaji dan mereka hanya diberi makan dua hingga tiga hari sekali.
Pelacur-pelacur yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 31 tahun.
Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Supritendan Razali Abu Samah pada sidang akhbar di sini semalam berkata, seramai dua orang pegawai dan sembilan orang anggota terlibat dalam serbuan ke atas tempat simpanan wanita Thailand terbabit yang terletak di tiga lokasi iaitu di Taman Midah, Taman Ulek dan Kondominium Awana Puri, Taman Mutiara.
Menurut beliau, sebelum itu, pihak polis melakukan intipan selepas menerima maklumat daripada penduduk yang curiga dengan aktiviti jiran bersebelahan rumah mereka.
Hos program mistik didenda berkhalwat
|
| HAIRI SHAHRIZAL |
PETALING JAYA - Seorang hos program mistik televisyen yang melarikan diri daripada pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan tubuh hanya dibalut kain langsir didenda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah dia mengaku berkhalwat dengan tunangnya, seorang penolong penerbit TV, pada Jun lalu.
Hakim syarie, Ghazali Ahmad turut mengarahkan Hairi Shahrizal Mustafa, 25, dihukum penjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Tunangnya, Ziffa Zubir, 28, yang juga mengaku salah terhadap pertuduhan serupa turut didenda RM2,700 atau penjara tiga bulan.
Terdahulu, pasangan itu yang hadir di mahkamah bersama ahli keluarga semalam memohon jumlah denda itu dikurangkan selain mendakwa mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat.
|
| ZIFFA dan Hairi mengaku berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam. |
Ghazali ketika membacakan keputusan itu berkata, tindakan tertuduh itu melarikan diri dengan terjun ke balkoni rumah jiran sebelah adalah tindakan yang berbahaya.
"Nasib baik kamu tidak jatuh, fikir balik kita nak takut dengan siapa, pegawai JAIS cuma tangkap sedangkan benda-benda itu semua Allah telah rekodkan," katanya sambil menasihatkan pasangan tertuduh itu tidak mengulangi kesilapan dan terus berkahwin jika ada keinginan.
Siful yang mengaku buntutnya diliwat




